Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 15,573 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 980,491 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 7,672 kes.
Ini diikuti oleh Kuala Lumpur (2.063), Kedah (937), Johor (722), Negeri Sembilan (682), Pulau Pinang (530), Sabah (516), Sarawak (461), Pahang (457), Melaka (452) , Perak (415), Kelantan (372), Terengganu (229), Putrajaya (41), Labuan (21) dan Perlis (tiga).
Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/23/15573-kes-baharu-covid-19-selangor-tertinggi-cecah-angka-7000/