Terkini!!! Jumlah jemaah solat Jumaat di Selangor dinaikkan ke 100 orang

Jumlah jemaah solat Jumaat di Selangor dinaikkan ke 100 orang. Jumlah bilangan jemaah bagi menunaikan solat Jumaat dan Fardu di Selangor dipertingkatkan kepada 50 hingga 100 orang berbanding enam sahaja sebelum ini.

Berdasarkan pekeliling Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kebenaran itu susulan trend angka penurunan yang agak konsisten setelah lebih sebulan dengan purata 4,000 kes.

“Langkah-langkah pencegahan yang agresif oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri khususnya program vaksinasi yang telah mencapai lebih 69 peratus dari jumlah keseluruhan yang berdaftar dengan MySejahtera.

“Ini seterusnya mengurangkan kemasukan dan kadar kematian pesakit Covid-19 di kebanyakan hospital,” katanya.

Mengikut ketetapan baharu itu bertarikh semalam itu, seramai 100 jemaah termasuk pentadbir dibenarkan menunaikan solat Jumaat di enam buah jenis masjid.

solat Jumaat

BACA: Buka Langkawi? Jadikan pengalaman Phuket sebagai pengajaran

Ini meliputi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri); Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong; Masjid Raja Haji Fi Sabililillah, Cyberjaya; masjid pengurusan, institusi dan kariah.

“Sementara surau kebenaran solat Jumaat pula hanya dibenarkan 50 jemaah termasuk pentadbir manakala surau kariah dan musolla tidak dibenarkan langsung.

“Bagi solat fardhu pula membenarkan 50 jemaah termasuk pentadbir bagi kesemua masjid, surau dan musolla,” jelasnya.

Sementara itu, sumber JAIS ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan surat pekeliling tersebut dengan kebenaran hanya kepada mereka yang telah lengkap dua suntikan vaksinasi.

BACA: Panas !!! Rosnah dilantik Penasihat Khas Menteri Kesihatan

Pada 1 Jun, kerajaan negeri menetapkan hanya enam jemaah dibenarkan bagi solat Jumaat dan fardu di semua masjid, surau dan musolla seluruh negeri.

Selain itu, kerajaan pada 8 Ogos lalu mengumumkan individu lengkap dos vaksin boleh menunaikan solat di masjid dan surau tertakluk kebenaran pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/03/100-orang-dibenarkan-solat-jumaat-di-selangor/

BACA: Buka Langkawi? Jadikan pengalaman Phuket sebagai pengajaran