Terkini !!! Industri kreatif dibenarkan kembali beroperasi di negeri fasa 1

Muhyiddin

Lebih sejuta penggiat industri kreatif, artis dan pekerja melibatkan 19,000 syarikat berkaitan boleh menarik nafas lega apabila kerajaan bersetuju melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu, semua penggiat industri berkenaan yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan kembali bergiat di negeri-negeri dalam Fasa 1 PPN mulai 9 September ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat menerusi perbincangan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 pada Khamis lalu, tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk kapasiti ruang premis yang dibenarkan.

Industri kreatif dibenarkan kembali beroperasi di negeri fasa 1

“Kelonggaran ini juga diberikan berasaskan faktor terdapat negeri-negeri mencapai status 80 peratus populasi dewasa menerima dua dos lengkap vaksin atau telah mencapai tahap imuniti kelompok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, industri kreatif menyumbang sebanyak dua peratus atau RM29 bilion daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2019.

Selain membolehkan lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja industri mula bekerja dan menyara kehidupan, Perdana Menteri berkata, kelonggaran ini dapat kembali menghidupkan industri kreatif negara yang sangat terkesan akibat pandemik.

Beliau berkata, ia sekali gus menggerakkan kembali semua inisiatif serta program yang direncanakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), MyCreative Ventures dan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (Cendana).

Beliau berkata, antara aktiviti yang dibenarkan ialah pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung, penyiaran secara rakaman atau siaran langsung berbentuk penyampaian maklumat dan hiburan dengan kehadiran penonton yang lengkap vaksin dengan kapasiti penonton 30 peratus di ruang studio serta penggambaran industri kreatif di dalam dan di luar studio kepada individu yang lengkap vaksin.

“Selain itu ialah indoor busking, persembahan di lounge hotel, aktiviti panggung wayang dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan pawagam, aktiviti persembahan langsung seperti seni teater, muzikal, muzik dan komedi (secara pra-daftar) dengan penonton yang lengkap vaksin serta kapasiti penonton 30 peratus di ruang premis.

“Aktiviti pameran seni di dewan pameran, muzium dan galeri seni (secara janji temu) dengan pengunjung lengkap vaksin dengan kapasiti pengunjung juga 30 peratus di ruang premis,” katanya.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu adalah antara usaha-usaha berterusan kerajaan yang prihatin untuk merangsang kelangsungan ekonomi penggiat seni dan industri kreatif.

Pada masa sama, beliau turut menggesa semua pihak terlibat dalam pembukaan sektor ini supaya sentiasa mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang risiko dan implikasi perundangan, keselamatan serta kesihatan khususnya dalam usaha negara untuk beralih ke fasa endemik menjelang akhir Oktober ini.

“Insya-Allah kerajaan akan sentiasa komited mengambil pendekatan terbaik yang mampu menjamin pemulihan ekonomi negara demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Berita Penuh : https://utusan.news/terkini/2021/09/lebih-sejuta-penggiat-industri-kreatif-boleh-beraksi-semula/

BACA JUGA : Panas !!! Pendakwah ‘handsome’ berdepan dakwaan rogol gadis

COMMENTS