Terkini: Dusuki Rani kalah saman lawan Jeming Hassan. Dasuki kalah saman, kena bayar RM 10 ribu kepada Jeming
Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini menolak saman malu RM 1 juta yang dikemuka oleh Dusuki Rani, dan memerintahkan supaya membayar RM 10 ribu kepada Jeming Hassan, dalam suatu keputusan yang dibuat pagi tadi.
Dusuki yang terkenal sebagai penceramah Pas sebelum ini menuntut saman malu terhadap Jeming atas suatu penerbitan video di dalam saluran YouTube berkenaan isu fitnah aset Tabung Haji dijual oleh kerajaan PH.
Diwakili oleh Faiz Fadzil, Jeming yang juga merupakan Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kelantan itu berjaya mengenepikan tuntutan saman daripada Dusuki setelah berjaya membuktikan bahawa tuduhan berkenaan aset TH yang dijual oleh PH itu adalah palsu dan tidak berasas.
Dusuki yang sebelum ini dalam ceramahnya menuduh bahawa aset milik orang Islam dalam TH telah habis dijual oleh kerajaan PH.
BACA:
Kecoh satu Malaysia, Jalur Gemilang dipasang terbalik pada raptai Hari Kebangsaan
Wow! Filem ‘Selagi Bernyawa’ bakal kalahkan Mat Kilau? Dah RM8 juta..
Kawan tak mampu bayar yuran KAFA, budak ni diam-diam kumpul duit tolong bayar dipuji