Terkini: Bersama kerajaan PH atau tidak? Ini jawapan rasmi dari PAS

Terkini: Bersama kerajaan PH atau tidak? Ini jawapan rasmi dari PAS

Terkini: Bersama kerajaan PH atau tidak? Ini jawapan rasmi dari PAS. PAS AKUR KEPUTUSAN KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG.

PAS mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana kemelut kepimpinan negara pasca Pilihan Ray Umum Ke-15 (PRU-15) tidak berterusan dan dapat diselesaikan dengan harmoni dan damai. PAS menerima dengan redha dan hati terbuka segala ketentuan Allah yang tentunya mempunyai hikmatya yang tersendiri.

PAS menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas kebijaksanaan melaksanakan fungsi Baginda berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang khususnya dalam soal perlantikan Perdana Menteri berdasarkan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a), Perlembagaan Persekutuan.

PAS turut mengucapkan tahniah kepada YAB. Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah diperkenan dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke- 10. PAS yakin beliau akan melaksanakan tanggungjawab dengan baik, adil dan ehsan seta turut mengutamakan konsep federalisma yang wajar kepada seluruh negeri-negeri dan rakyat jelata.

Mengenai tawaran YAB. Perdana Menteri kepada Perikatan Nasional (P) untuk menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinannya, PAS mengucapkan terimakash seterusya dalam waktu terdekat akan membincangkan perkara in dengan rakan-rakan komponen dalam PN di samping turut sama meninjau pandangan dan kesediaan rakyat khususnya para pengundi yang telah memberikan undi yang amat memberangsangkan kepada PAS dan PN dalam PRU-15 yang lalu.

Terkini: Bersama kerajaan PH atau tidak? Ini jawapan rasmi dari PAS

Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 25 November 2022

BACA:

Kisah ibu bersalin bayi kembar tiga jadi tular, ‘rezeki tak salah alamat’

Air mata Afdlin Shauki menitis tahu Anwar diangkat jadi PM

Power! Netizen minta nenek ini bagi tips buat video ‘transition’

CATEGORIES