Anwar kemuka usul hilang kepercayaan pada PM.Anggota Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan usul hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Dalam usul yang disampaikan kepada speaker Dewan Rakyat hari ini, Anwar juga mahu Muhyiddin dimakzulkan (digugurkan) daripada jawatan perdana menteri dengan segera.
Usul itu dikemukakan susulan teguran istana terhadap kerajaan dalam isu pembatalan ordinan darurat yang belum mendapat perkenan Yang di-pertuan Agong serta tindakan menteri yang mengelirukan Dewan Rakyat.
Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim berkata pengumuman sidang Dewan Rakyat yang ditangguhkan sehinggan jam 5.15 petang ini kerana terdapat kes positif Covid-19 dikesan di parlimen merupakan helah kerajaan.
“Ini yang saya katakan helah tadi. Padahal, kita boleh saja lakukan saringan tanpa mempersulitkan perjalanan parlimen,” kata Anwar dalam sidang media di Parlimen sebentar tadi.
Terdahulu, Anwar mengadakan sidang media untuk menyatakan pandangan pihaknya berhubung situasi semasa politik negara.
Bagaimanapun ia terhenti sekita apabila pihak prlimen membuat pengumuman bahawa setiap wakil rakyat yang hadir diminta menjalani ujian saringan RTK Antigen (RTK-Ag) dengan kadar segera.
Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/585089