Terkini !!! 7 daerah di Kelantan dikenakan PKP, ‘berita palsu’ akhirnya jadi kenyataan

Terkini !!! 7 daerah di Kelantan dikenakan PKP, ‘berita palsu’ akhirnya jadi kenyataan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali dikuatkuasakan di Kelantan membabitkan tujuh daerah, selain lima daerah di Sarawak bermula Jumaat ini hingga 29 April.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Menurutnya, PKP di Kelantan membabitkan daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes sebanyak 30.5 peratus di Kelantan dalam tempoh 14 hari.

“Kes meningkat daripada 756 kes kepada 1,088 kes dan kesemua tujuh jajahan dan daerah ini kini berada di dalam zon Merah.

“Selain itu, terdapat sembilan kluster baru dilaporkan dalam tempoh 14 hari dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

“Setelah membuat penilaian risiko dan atas nasihat KKM serta selepas perbincangan dengan kerajaan negeri Kelantan, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di tujuh lokaliti itu bermula 16 April hingga 29 April ini,” katanya.

Sementara itu pelaksanaan PKP turut dikuatkuasakan membabitkan lima daerah di Sarawak iaitu Kuching, Bintulu, Miri, Sibu dan Meradong.

Ismail Sabri berkata, KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes sebanyak 52 peratus di negeri itu dan dalam tempoh 14 hari, berlaku peningkatan kes daripada 2,761 kepada 4,197 kes serta terdapat kluster baru dikesan setiap minggu.

“Atas nasihat KKM serta perbincangan dengan kerajaan negeri Sarawak, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP lima daerah di Sarawak itu berkuat kuasa 16 April hingga 29 April ini.

“Pelaksanaan PKP ini bagi memastikan pergerakan penduduk di kesemua lokaliti itu dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 ke kawasan lain.

Berita Penuh :https://m.malaysiakini.com/news/570707