Terkini !!!1,228 kes baru Covid-19 hari ini dengan 7 kematian

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 1,228 kes baru Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 25,742 kes setakat ini.

Sabah kekal mencatat negeri dengan kes baru paling banyak dengan 889 kes, iaitu 72.4 peratus daripada kes baru hari ini.

Seramai tujuh lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini, menjadikan angka keseluruhan korban kepada 221 kes, iaitu 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Enam kes kematian berlaku di Sabah dan satu lagi di Perak.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/547931

COMMENTS

Wordpress (0)