Terkejut semua dengar alasan Hadi jarang hadir parlimen

Terkejut semua dengar alasan Hadi jarang hadir parlimen. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan dirinya jarang hadir ke sidang Dewan Rakyat kerana terdapat tugas-tugas khas selain sebagai Ahli Parlimen.

Menurutnya, beliau juga memberi peluang kepada golongan muda daripada partinya itu untuk terlibat dalam sesi perbahasan kerana setiap parti mempunyai kuota kehadirannya tersendiri.

“Saya ditugaskan bukan sahaja di Parlimen, tapi ada tugas-tugas khas. Datang ke Parlimen ini bukan macam hadir ke sekolah, Menteri-Menteri pun lepas habis jawab soalan kembali menjalankan tugas.

Terkejut semua dengar alasan Hadi jarang hadir parlimen

“Saya sudah lama di Parlimen, banyak sesi saya terlibat… berhujah… dan kini saya beri peluang kepada Ahli Parlimen generasi baharu untuk terlibat dalam perbahasan,” kata Abdul Hadi ketika sidang media di kediamannya pada Jumaat.

Jelasnya, isu kehadiran ke sidang Dewan Rakyat yang dimainkan oleh pihak lawan ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU15) ini tidak langsung menjejaskan nama beliau.

Baca Artikel Penuh