Terkejut dengar Yana bersuara- Najib minta BN pilih Anwar jadi PM?

Terkejut dengar Yana bersuara- Najib minta BN pilih Anwar jadi PM?

Terkejut dengar Yana bersuara- Najib minta BN pilih Anwar jadi PM?. Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rundingan yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) dengan mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan perlu mengambil kira kepentingan jangka panjang UMNO dan Barisan Nasional (BN), kata Nooryana Najwa.

Nooryana mendakwa pesanan itu disampaikan semasa satu pertemuan keluarga bersama Najib pada pagi Ahad, sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Sekiranya BN perlu berunding dengan mana-mana gabungan bagi menyelesaikan masalah parlimen tergantung dan untuk membentuk kerajaan, maka rundingan ini patut mengambil kira kepentingan jangka masa panjang UMNO dan BN dan bukan hanya untuk kepentingan sementara.

“Rundingan ini perlu mengenepikan perbezaan sentimen serta perlu mengambil kira pendapat semua ahli parlimen BN yang berjaya pada PRU15.

“Datuk Seri Najib juga ingin sampaikan bahawa dia amat merindui sahabat-sahabatnya dalam BN. Beliau juga menegaskan harapan dan kepercayaannya bahawa UMNO dan BN merupakan parti keramat yang pasti akan bangkit semula,” katanya.

Terkejut dengar Yana bersuara- Najib minta BN pilih Anwar jadi PM?

Ketika ini, Perikatan Nasional (PN) yang mempunyai 73 ahli parlimen sedang berusaha membentuk gabungan bersama beberapa parti bagi membentuk kerajaan baharu.

Selain PN, Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai 82 kerusi juga sedang berusaha untuk menubuhkan kerajaan bersama parti-parti lain.

BACA:

Terkini: Pemimpin PH tiba di Hotel Pacific KL bersama SU Agong Umno

Sah! Anwar tunjuk bukti cukup sokongan tubuh kerajaan

Jep dipuji tak menunjuk jam harga RM89K

CATEGORIES