Terjawab sudah kenapa penjawat awam tiada bonus raya Aidilfitri tahun ini

Tiada bonus bagi kakitangan kerajaan pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa melawat Bazar Ramadan Mahkota Square baru-baru ini.

Beliau menerangkan bahawa wang tambahan sebanyak RM2,000 yang diberikan sebelum ini adalah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Yang dapat RM2,000 itu penjawat awamlah, untuk skim persaraan akan naik lagi.

Terjawab sudah kenapa penjawat awam tiada bonus raya Aidilfitri tahu ini

“Jadi, berita terlalu baik untuk penjawat awam, RM2,000 itu (adalah) untuk raya sekalilah tu,” katanya lagi.

Pada 15 Mac yang lepas, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) telah menyeru kerajaan supaya memberikan bantuan kewangan istimewa kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan sempena Aidilfitri.

Baca Artikel Penuh