Satu rakaman video yang menunjukkan bonet kereta yang menggelembung telah tular di media sosial,
Di mana sesetengah netizen menyifatkan kenderaan tersebut sebagai ‘kereta hamil’.
Beberapa pengguna lain di platform X mendakwa bahawa masalah sebegini hanya berlaku pada kenderaan buatan tempatan.
“Bukan gurauan! Kereta buatan China menggelembung apabila terlalu panas,”
Tulis seorang wartawan China, Jennifer Zeng di platform X.
Klip video tersebut menunjukkan beberapa kereta yang diletakkan di tempat terbuka, termasuk kenderaan buatan negara asing, yang turut mengalami masalah yang sama.
Masalah ini berlaku apabila gas dan udara yang terperangkap pada pelekat pelindung cat di badan kenderaan mengembang.
Keadaan ini menghasilkan ‘buih-buih’ yang tidak menyenangkan pandangan dan menyebabkan kereta itu kelihatan seperti ‘hamil’.
Terdapat juga netizen yang mempertikaikan kualiti cat yang digunakan, yang didakwa rendah dan mudah mengembang apabila terdedah kepada suhu panas yang melampau.
BACA: Ina Naim dedah suami ada letak bunga dekat kubur arwah suhaimi saad cebelum nikah