Terima vaksin tetap dijangkiti Covid-19, dulu dianggap berita palsu kini jadi realiti

Terima vaksin tetap dijangkiti Covid-19, dulu dianggap berita palsu kini jadi realiti

Anakguam saya, Muhammad Zaki Omar disiasat di bawah Seksyen 4, Ordinan Darurat (No. 2) kerana didakwa menyebarkan berita palsu.

Anakguam saya menulis di Facebook sejak beberapa bulan lalu bahawa individu yang mengambil vaksin COVID-19 masih boleh dijangkiti virus tersebut.

Kerajaan menganggap ianya berita palsu yang boleh menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat awam.

Saya dah baca dari kulit ke kulit, Ordinan-Ordinan Darurat yang diperkenalkan oleh kerajaan pintu belakang sejak Januari 2021.

Banyak undang-undang prosedur yang tidak perlu dipatuhi oleh pihak berkuasa, dalam membuat apa-apa pendakwaan bersifat jenayah di bawah undang-undang darurat ini.

Antaranya ialah, keterangan tertuduh pada bila-bila masa kepada sesiapa jua boleh digunapakai di mahkamah dan tertuduh perlu mengemukakan pernyataan pembelaan kepada pihak pendakwaan sebelum perbicaraan bermula.

Disebabkan itu, saya menasihati anakguam saya untuk berhati-hati mulai sekarang. Kerajaan boleh menggunakan pelbagai cara untuk mengenakan anakguam saya. Team kami juga mula mengumpul fakta-fakta pembelaan dari sekarang.

Hari ini Ketua Pengarah Kesihatan dan laman rasmi KKM sendiri telah mengesahkan, bahawa terdapat 40 kakitangan KKM dijangkiti COVID-19 walaupun setelah melengkapkan dua dos vaksin.

Ini adalah fakta pembelaan yang baik untuk anakguam saya.

https://www.google.com/…/40-petugas-kesihatan…
https://www.freemalaysiatoday.com/…/40-petugas-barisan…/
https://www.bharian.com.my/…/40-kakitangan-kkm…
Dan hari ini juga saya dapat tahu bahawa Badan Peguam telah memfailkan kes di mahkamah, bagi mencabar beberapa peruntukan dalam Ordinan Darurat.

Saya menyambut baik semua perkembangan ini.
https://www.malaysiakini.com/news/571043

Sumber: