Terengganu mula kesan kes pertama Varian Delta

Kesan

Terengganu mula kesan kes pertama Varian Delta. Kes pertama positif Covid-19 melibatkan varian Delta dikesan di negeri ini pada Ahad lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr. Alias Razak berkata, kes itu disahkan menerusi keputusan kajian yang dikeluarkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada semalam.

“Perkembangan ini amat membimbangkan kerana varian Delta boleh merebak dengan lebih pantas melalui udara.

“Sehubungan itu, kita sedang menunggu keputusan ujian gemon bagi mendapatkan kepastian varian-varian (Covid-19) yang sedang menular di negeri ini,” katanya di sini hari ini.

 Terengganu

Setakat ini, Terengganu merekodkan sebanyak 2,357 kes aktif termasuk 490 kes yang dicatatkan semalam.

Sehubungan itu, Alias menasihatkan penduduk negeri ini agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelak daripada dijangkiti Covid-19 melibatkan varian baharu tersebut.

Rakyat Terengganu turut dinasihatkan agar membataskan pergerakan keluar rumah kecuali urusan penting dan sentiasa menjaga penjarakan fizikal.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/29/kes-pertama-varian-delta-dikesan-di-terengganu/

jika terlepas: Gempar !!! Agong nafi sudah perkenan batal ordinan darurat

COMMENTS

Wordpress (0)