Terbukti Umno sebenarnya tidak peduli pun nasib rakyat

Terbukti Umno sebenarnya tidak peduli pun nasib rakyat.Kecenderungan UMNO untuk mendesak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada kadar segera memperlihatkan parti itu tidak mengambil peduli situasi rakyat dan negara yang masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, keputusan itu menguatkan lagi dakwaan bahawa parti itu menggunakan pilihan raya sebagai muslihat terakhir untuk merebut lebih banyak kuasa dengan mengorbankan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan rakyat.

“Jangan ingat kemenangan di Melaka, UMNO mampu meraih undi rakyat. Kalau dikira peratusan undi popular Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini berbanding PRU14 lalu, peningkatannya cuma 0.5 peratus saja.

Menurut laporan Sinar Harian “Pada PRU14, BN meraih undi popular sebanyak 37.5 peratus berbanding Pakatan Harapan (PH) yang bertanding menggunakan lambang PKR memperoleh sokongan sebanyak 50.8 peratus.

Umno

Akmal Nasrullah Mohd Nasir

“Jadikan iktibar PRN di Sabah sebelum ini yang menyebabkan kes jangkitan wabak Covid-19 meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan beribu nyawa rakyat menjadi korban akibat kerakusan dan ketamakan kuasa oleh pemerintah,” katanya dalam satu kenyataan dalam Facebook rasminya pada Rabu.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu juga mengingatkan bahawa terdapat jangkaan gelombang kes Covid-19 akan berlaku bulan depan.

Justeru, beliau mengharapkan kepimpinan UMNO untuk berpegang kepada perjanjian memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan dan PH.

Pada Ahad lalu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menyuarakan pandangan agar PRU15 wajar diadakan dalam masa terdekat dengan mengambil kira sentimen rakyat ketika ini yang dilihat memihak kepada BN.

Perkara itu juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu selepas sahaja BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

BACA: Tular Harga sotong “kayangan” Restoran Hameediyah perjelas hal sebenar

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar
    frol pwecerit 2 days

    Howdy very nice blog!! Guy .. Beautiful .. Amazing .. I’ll bookmark your blog and take the feeds additionally…I’m glad to find numerous helpful info right here in the put up, we’d like work out more strategies on this regard, thanks for sharing. . . . . .

    http://www.frolpwecerit.com/

  • comment-avatar

    […] BACA: Terbukti Umno sebenarnya tidak peduli pun nasib rakyat […]