Tindakan sebuah restoran menyimpan stok minyak masak peket dalam jumlah yang banyak membawa padah apabila diserbu pihak penguatkuasa semalam.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa
mereka menerima aduan mengenai restoran tersebut yang memperoleh bekalan minyak masak peket dalam kuantiti besar daripada sebuah lori ‘bonded’.
“Berikutan aduan tersebut, serbuan dilakukan pada pukul 5 petang melalui Op Kita Gempur,
Ada yang membawa kepada rampasan sebanyak 260 kilogram minyak masak peket di sebuah stor milik restoran itu.
“Didapati restoran tersebut menyimpan minyak masak peket dari dua jenama yang disimpan dalam stor berkunci di bahagian dapur,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa pemborong yang membekalkan minyak masak itu telah dikenal pasti melalui dokumen penjualan yang turut disita semasa serbuan.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati restoran berkenaan tidak memiliki permit yang sah untuk menyimpan barang kawalan bagi tujuan perdagangan di bawah Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
“Tindakan ini merupakan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Satu kertas siasatan telah dibuka terhadap restoran tersebut serta pemborong barang kawalan berkenaan,” tambah kenyataan itu