“Teguran isteri buat badan saya jadi sado macam ni, tak sangka pulak..” – Tukang Jahit

“Teguran isteri buat badan saya jadi sado macam ni, tak sangka pulak..” – Tukang Jahit isteri tuan ihsan tanggungjawab isteri isteri fizo omar mahadi bz isteri nafkah isteri ucapan hari lahir untuk isteri hubungan suami isteri isteri adham baba

 

Melihat susuk tubuhnya, mungkin tak ramai dapat meneka dengan tepat kerja lelaki berbadan sasa ini.

Namun lebih mengejutkan apabila melihat lelaki sado ini tidak berbaju ketika menggunakan mesin jahit.

Menerusi video yang dikongsi di laman sosial, lelaki berkenaan dilihat hanya berseluar panjang melakukan pengubahsuaian (alteration) ke atas sehelai seluar jeans.

Bercakap kepada mStar, Amran Mujib mengakui dirinya merupakan tukang jahit yang berpengalaman selama 12 tahun.

"Teguran isteri buat badan saya jadi sado macam ni, tak sangka pulak.." - Tukang Jahit

Siapa sangka mempunyai fizikal seperti orang muda, anak kelahiran Sandakan, Sabah itu baru menyambut ulang tahun ke-54 pada 11 Februari lalu.

“Dah lama saya menjahit dari rumah, inilah sumber pendapatan utama saya. Banyak buat kerja-kerja sulaman pada baju dan kebanyakan tempahan daripada regular customer.

“Sebenarnya saya tak suka pakai baju di rumah, hanya berbaju bila keluar. Bila tengok badan sendiri depan cermin, ada motivasi untuk saya terus bersenam,” katanya ketika dihubungi.

Amran pakar dalam sulaman.

Mengenai fizikalnya, Amran yang menetap di Kuala Lumpur mended4hkan dirinya pernah mempunyai berat badan 118 kilogram (kg) pada 2019.

“Kalau saya baring, saya kena jatuhkan kaki dulu ke lantai sebab badan berat sangat. Saya hanya tidur atas tilam tanpa katil, mudah untuk saya bergolek ke lantai sebelum bangun.

“Kaki memang sakit-sakit. Saya akui badan saya gemvk masa tu disebabkan pemakanan yang tidak dikawal, asyik makan je,” ujar pesara tentera itu.

"Teguran isteri buat badan saya jadi sado macam ni, tak sangka pulak.." - Tukang Jahit

Transformasi Amran sebelum (kiri) dan selepas bersenam di gim.

Walaupun berazam untuk berubah bertahun-tahun, tetapi ia sekadar angan-angan sehingga ditakdirkan mempunyai peny4kit empat serangkai.

“Saya ada peny4kit kenc1ng manis, tekanan dar4h tinggi, kolestrol tinggi dan buah pinggang bermasalah. Berkali-kali juga saya berjumpa doktor untuk raw4tan.

Saya perlu sentiasa amalkan gaya hidup sihat, jadi contoh kepada anak-anak muda bahawa usia bukan penghalang untuk kekal fit.
AMRAN MUJIB
“Isteri kata ‘Bang, saya tak kisah abang gemuk, rupa macam mana pun tak kisah. Tapi kalau abang sakit tervk, macam mana saya ni bang? Abang tak kasihan saya ke?‘.

“Masa tu saya rasa macam dikejutkan dari mimpi bvruk. Betul, kalau saya sakit disebabkan kedegilan saya, semua akan terganggu sampai dia pun boleh berhenti kerja untuk jaga saya,” katanya sambil menambah isterinya merupakan guru penolong kanan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Amran berkata, isterinya, Hafizah Abdullah, 46, merupakan pembakar semangat untuk menjalani gaya hidup sihat termasuk membiayai keahlian gim para peringkat awal.

“Dua bulan pertama saya berlari atas treadmill dan dalam tempoh itu berat badan saya turun sebanyak 20kg kepada 98kg.

“Alhamdulillah, enam bulan selepas berlatih di gim, saya tak lagi mengalami masalah kenc1ng manis, buah pinggang, kolestrol, darah tinggi sampaikan doktor pun tak percaya,” katanya yang turut mengurangkan pengambilan gula, minyak dan lemak.

"Teguran isteri buat badan saya jadi sado macam ni, tak sangka pulak.." - Tukang Jahit

 

Beralih kepada rutin mengangkat berat di gim enam kali seminggu, jurulatih kecergasan berkelayakan itu kini mempunyai berat badan 94kg.

“Kebanyakan klien saya adalah anak-anak muda. Saya perlu sentiasa amalkan gaya hidup sihat, jadi contoh kepada anak-anak muda bahawa usia bukan penghalang untuk kekal fit.

“Saya dah 5 series, dah tua, patutnya dipanggil pakcik. Lebih-lebih lagi budak belasan tahun yang mana ayah mereka lagi muda daripada saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Tapi mereka panggil saya abang. Bagi saya, lebih elok dipanggil ‘daddy’ sebab panggilan itu membuatkan saya beringat sudah berumur,” katanya.

Komen Netizen:
"Teguran isteri buat badan saya jadi sado macam ni, tak sangka pulak.." - Tukang Jahit

"Teguran isteri buat badan saya jadi sado macam ni, tak sangka pulak.." - Tukang Jahit isteri tuan ihsan tanggungjawab isteri isteri fizo omar mahadi bz isteri nafkah isteri ucapan hari lahir untuk isteri hubungan suami isteri isteri adham baba

Tonton:

Berita Lain:
Terjumpa ayah sendiri jadi banduan ketika buat lawatan sekolah ke penjara, ini reaksi anak..

Kisah pelajar umur 16 tahun rajin jual ikan seawal 6 pagi di pasar tarik perhatian

Pegawai JPJ dan peniaga sate dipenjara 12 tahun kerana kesalahan ini

CATEGORIES