Tawaran yang sudah terlambat, kapal dah nak karam

Tawaran

Tawaran yang sudah terlambat, kapal dah nak karam. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyatakan bahawa tawaran kerjasama rentas parti oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya dilakukan seawal pemerintahannya sebagai kerajaan.

Menurutnya, tawaran itu seharusnya dilakukan pada Mac 2020 bukannya pada penghujung hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Segala apa yang beliau sebut atau bincang, tawaran ini hampir kesemua adalah idea pembangkang. Kalau setakat ini yang hendak ditawarkan, maka lebih baik kami jadi kerajaan.

“Sekarang, sebuah kapal yang berlagak sedang karam, buat apa saya mahu naik kapal itu. Muhyiddin sepatutnya umum perkara ini pada bulan Mac 2020. Bukan sekarang, pada penghujung hayatnya.

“Jadi, keikhlasan itu tidak ada. Saya percaya ramai ahli Parlimen tidak lihat ini sebagai satu tawaran. Sebaliknya, ramai yang sudah tawar hati,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Tawaran

Mengulas lanjut, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, langkah terhormat yang sepatutnya dilakukan kini adalah Muhyiddin perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pada petang Jumaat, Muhyiddin menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan PN dengan parti di luar kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan.

Menurutnya, cadangan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik Covid-19 dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

Pada masa sama, ia bagi mengelakkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik berterusan dan tidak diselesaikan segera.

Beliau berkata demikian menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

Perutusan itu dibuat ekoran timbul dakwaan berhubung status keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri sudah tiada kerana kehilangan majoriti.

Berita  Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/155462/BERITA/Nasional/Tawaran-terlambat-kapal-sudah-karam-Fahmi-Fadzil

BACA: Video tular jual ‘barang terlarang’, Lan Pet Pet kenalpasti perakam

COMMENTS

Wordpress (0)