Tarikh PRN Melaka terlalu awal, Pas terkejut

Pengumuman Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas pergerakan rentas negeri baru sahaja dibenarkan kemungkinan akan mempengaruhi peratusan rakyat untuk keluar mengundi.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Kamaruddin Sidek berkata, tarikh PRN itu sangat mengejutkan kerana terlalu awal diumumkan dan bimbang akan menyebabkan peratus keluar mengundi rendah.

Tarikh PRN Melaka terlalu awal, Pas terkejut

Kamaruddin Sidek.

“Kerajaan baharu sahaja benarkan rentas negeri, Melaka pula baru memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan rakyat juga baharu nak merasa bebas.

“Tapi tarikh itu agak awal, kita sepatutnya ada tempoh lagi sehingga Disember dan parti-parti terlibat juga tidak boleh terlalu agresif dalam berkempen,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut beliau berkata, biarpun pihaknya menerima beberapa pandangan rakyat yang sebelum ini tidak berminat PRN diadakan, namun PAS Melaka menerima segala keputusan itu.

“Secara prinsipnya PAS akan kekal memberi kerjasama dan bersedia untuk menghadapi PRN kali ini meskipun soal agihan kerusi belum diputuskan oleh pucuk pimpinan.

“Bagi pihak PAS, jentera kita telah bersedia, hanya beberapa benda tak berapa nak selesai lagi isu masalah kerusi saja dengan rakan-rakan UMNO dan juga Bersatu,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Melaka ke-15.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung PRN Melaka di Banda Hilir, di sini, pada Isnin.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/167556/BERITA/Politik/Pas-Melaka-terkejut-tarikh-PRN-awal?

BACA JUGA : [VIDEO] Gempar !!! Bangunan berhampiran residensi PV 9 Setapak terbakar

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Tarikh PRN Melaka terlalu awal, Pas terkejut […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Tarikh PRN Melaka terlalu awal, Pas terkejut […]