Tamparan hebat buat Muhyiddin Bersatu Pagoh kekal bersama Tun M

Sekumpulan ahli akar umbi BERSATU Pagoh, menzahirkan rasa kurang senang dengan kemelut yang berlaku di dalam Parti BERSATU.

Bantahan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penggerak Aspirasi Tun Mahathir Parlimen Pagoh itu telah diketuai oleh Tn Hj Abd Wahab Ibrahim 93, selaku pengerusinya, atau lebih dikenali dengan panggilan mesra ‘Pak Wahab’.

Menurut beliau, kumpulan penggerak ini telahpun mengumpulkan penyokong dan pendokong, perjuangan serta aspirasi Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menubuhkan Jawatankuasa Penggerak, untuk menarik seberapa ramai yang boleh untuk menyertainya, dan di dalam masa yang sama, beliau sambil tersenyum masih merahsiakan jumlah keahliannya.

Walaubagaimana pun, Pak Wahab juga memaklumkan, sejumlah nama-nama keahlian Penyokong Penggerak Aspirasi Tun Parlimen Pagoh ini, telah diserahkan kepada YB Datuk Sri Mukhriz Mahathir di dalam satu pertemuan di pejabatnya di Mount Kiara, pada 2 Julai 2020 sebagai tanda sokongan dan mendapat reaksi yang amat positif oleh Datuk Seri Mukhriz, di atas usaha yang dilakukan oleh kumpulannya.

Selain itu juga, beliau tidak berpuas hati dengan pemecatan yang dilakukan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad daripada Parti BERSATU, memandangkan Tun telahpun menang tanpa bertanding selaku Pengerusi BERSATU di dalam pemilihan parti yang masih belum selesai.

Sumber :