Tambang bas cekik darah! Mahal macam naik kapal terbang, perjalanan 2 hala semahal RM862

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Sebuah pasangan suami isteri dikejutkan apabila mengetahui bahawa syarikat bas ekspres telah mengenakan tambang yang tinggi

sehingga RM862 bagi perjalanan dua hala dari Gopeng, Perak ke Johor Bahru.

Pegawai Pendidikan Kanan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N.V Subbarow mengatakan bahawa mereka menerima aduan daripada seorang pengguna

Tambang bas cekik darah! Mahal macam naik kapal terbang, perjalanan 2 hala semahal RM862

setelah pasangan tersebut membayar tambang yang mahal dengan nilai yang berbeza bagi dua perkhidmatan bas sempena cuti Tahun Baru Cina.

Menurutnya, tambang bagi perjalanan dua hala yang dikenakan adalah antara 270 peratus dan 344 peratus lebih tinggi daripada harga biasa yang adalah RM70 seorang.

“Pengguna tersebut mendakwa tiket bas itu dibeli secara dalam talian pada bulan lalu sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

“Dia dikenakan caj sebanyak RM190 dari Johor Bahru ke Gopeng. Dia berlepas pada 9 Februari (Jumaat) dan membayar RM241.00 seorang untuk perjalanan pulang dari Gopeng ke Johor Bahru hari ini.

“Bagaimanapun, jumlah keseluruhan yang dibayarnya bagi perjalanan dua hala bersama isterinya adalah RM862,” katanya.

CAP menyifatkan perkara tersebut sebagai satu bentuk eksploitasi terhadap pengguna.

“Sangat mengejutkan dan mengecewakan apabila ada syarikat bas ekspres yang mengenakan caj berlebihan kepada penumpang semasa musim perayaan.

“Beberapa syarikat bas ekspres memperoleh untung yang besar daripada pengguna sempena perayaan. Kebanyakan orang yang menaiki bas ekspres adalah daripada golongan B40,” katanya.

Oleh itu, Kementerian Pengangkutan disarankan untuk menyediakan kaunter aduan bagi penumpang bas yang terlibat dengan eksploitasi oleh syarikat semasa musim perayaan ini.

BACA: “Sampai hati papa buat macam tu pada mama, apa makna air mata papa di hari kematian mama? Tak sangka air mata papa hanya lakonan semata-mata”