Taliban umum kemerdekaan Afghanistan, AS berundur sepenuhnya

Taliban

Taliban umum kemerdekaan Afghanistan, AS berundur sepenuhnya.Tentera Amerika Syarikat (AS) berundur sepenuhnya dari Afghanistan semalam, sekali gus mengakhiri ‘penjajahan’ selama 20 tahun di bumi Afghanistan.

Pengunduran itu ‘diraikan dengan bunyi tembakan’ pada awal pagi ini dan barisan kepemimpinan Taliban menyifatkan ‘pemergian AS’ sebagai kejayaan besar.

Pengunduran itu berlaku selepas operasi pemindahan rakyat asing dan penduduk meninggalkan negara ini berakhir sebelum 31 Ogos, iaitu tarikh akhir yang ditetapkan oleh Presiden Joe Biden.

“Saya ingin mengumumkan tentera AS sudah berundur sepenuhnya dari Afghanistan dan oeprasi pemindahan juga dihentikan buat masa ini.

“Pengunduran malam ini juga menjadi tanda berakhirnya misi ketenteraan AS di Afghanistan selama 20 tahun yang bermula sejak 2001,” kata Ketua Tentera AS, Kenneth McKenzie.

Taliban

Katanya, penerbangan terakhir berlepas dari Afghanistan pada pukul 7.30 malam waktu tempatan (3.29 pagi waktu Malaysia).

Koresponden AFP di kota itu mendengar tembakan meraikan kejayaan dari beberapa pos pemeriksaan Taliban.

Sorak-sorai para pejuang Taliban yang berjaga di pos keamanan di zon hijau juga terdengar.

“Kami membuat sejarah lagi,” kata wakil kanan dari pejabat Taliban, Anas Haqqani.

“Saya sangat gembira setelah 20 tahun jihad, pengorbanan dan kesulitan, saya memiliki kebanggaan untuk melihat momen bersejarah ini,” ucapnya.

Haqqani juga mendesak para pejuang Taliban menghentikan tembakan perayaan untuk memastikan tidak ada warga sivil yang cedera.

Jurucakap Taliban yang lain, Bilal Karimi, mengatakan Taliban sangat gembira dengan perginya pasukan AS.

“Semua pasukan Amerika telah meninggalkan Afghanistan, kami sangat gembira — Anda dapat mendengarkan tembakan perayaan,” tuturnya.

Sebelum itu, pesawat terakhir tentera AS secara rasmi meninggalkan lapangan terbang Kabul, Afghanistan.

Penerbangan terakhir pesawat tentera itu juga sebagai penanda berakhirnya proses pemindahan AS terhadap warganya dan warga Afghanistan yang mahu melarikan diri kerana berskongkol dengan barat menentang Taliban.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/08/tentera-as-berundur-sepenuhnya-dari-afghanistan/

BACA: Masih relevankah “No Anwar, No DAP” dalam konteks politik Malaysia hari ini?