Taliban tutup kementerian wanita, ganti dengan Kementerian Amar Ma’ruf Nahi Munkar

Taliban tutup kementerian wanita, ganti dengan Kementerian Amar Ma’ruf Nahi Munkar.Taliban menutup Kementerian Urusan Wanita dan menggantikannya dengan ‘Kementerian Amar Ma’ruf Nahi Munkar’.

Frasa dalam Bahasa Arab itu membawa maksud perintah untuk menegakkan yang benar dan melarang yang salah.

Kementerian Urusan Wanita Afghanistan itu baru diwujudkan pada akhir tahun 2001 oleh kerajaan sementara Afghanistan ketika itu, selepas tumbangnya rejim Taliban.

Sejak daripada itu, kementerian berkenaan menjadi penggerak utama mempromosikan hak-hak wanita dan kemajuan di Afghanistan.

Taliban

Bagaimanapun, Taliban mengambil keputusan untuk menamatkan fungsi kementerian berkenaan dan mengubahnya menjadi kementerian lain yang bertujuan mengekang kemungkaran.

AFP melaporkan, antara fungsi kementerian berkenaan adalah menetapkan peraturan ketat berkaitan kehadiran ketika solat jemaah dan memastikan golongan lelaki tidak mencukur janggut.

Kakitangan Kementerian Urusan Wanita mengadakan protes di hadapan bangunan kementerian baru itu dan mendakwa kehilangan kerja.

Setakat ini, tiada maklum balas daripada pemimpin Taliban mengenai pembentukan kementerian baru itu.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/09/756487/taliban-wujudkan-kementerian-amar-maruf-nahi-munkar

BACA: Jalan berbonggol jadi punca kereta terbabas, jururawat maut

COMMENTS

Wordpress (0)