Takut kotorkan lantai, tindakan lelaki buka kasut kerja sebelum masuk ATM

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Antara perkara yang paling ‘mahal’ yang ada dalam diri seseorang itu adalah akhlak dan ketinggian adabnya.

Keperibadian yang terpuji ini akan memandu kita untuk tidak mementingkan diri dan selalu bertolak ansur dalam kehidupan seharian.

Setiap tindakan yang ingin dilakukan, pasti kita akan menyelitkan sedikit rasa bertimbang rasa

kepada orang lain supaya tiada yang terganggu dengan apa yang kita lakukan.

Orang yang baik-baik ini pula, sebenarnya ada sahaja di sekeliling kita setiap hari.

Takut kotorkan lantai, tindakan lelaki buka kasut kerja sebelum masuk ATM

Mereka boleh jadi hanya individu yang biasa-biasa sahaja, tetapi perwatakan yang mereka bawa ketika berada di tengah-tengah masyarakat sebenarnya sungguh luar biasa.

Misalnya, kecermatan yang ditunjukkan seorang lelaki ini yang begitu berjaga-jaga dalam perbuatannya supaya tidak mendatang kesulitan kepada orang lain.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @mat_yoe84, dia berkongsi pengalamannya terserempak dengan lelaki tersebut di sebuah stesen pengeluaran duit (ATM).

Video berkenaan pada awalnya hanya merakam tindakan lelaki tersebut yang baru sahaja menyelesaikan urusannya di ATM tersebut.

@mat_yoe84♬ Perwiraku teruskan berjuang – Ri Za

Sekali pandang, tiada apa-apa yang luar biasa. Namun apabila diamati dengan teliti, lelaki itu sebenarnya berkaki ayam ketika memasuki ke ruangan ATM berkenaan.

Lebih mengagumkan, rupa-rupanya lelaki tersebut menanggalkan kasut yang dipakainya di luar sebelum memasuki premis tersebut.

Ketika didekati @mat_yoe84, lelaki itu memberitahu dia menanggalkan kasut but getah tinggi berwarna hitam yang biasa dipakai untuk kerja-kerja berat itu kerana tidak mahu mengotorkan kawasan lantai di situ.

Mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki tersebut, pasti membuatkan sesiapa sahaja tersentak dan rasa terpukul.

Tiada siapa pun pernah terfikir untuk menanggalkan kasut sebelum memasuki premis ATM kerana tiada tuntutan untuk berbuat begitu pun.

Malah, tidak menjadi tanda tidak beradab pun sekiranya memakai kasut, tetapi lelaki itu mungkin mempunyai sisi pandangan yang berbeza daripada kita.

Apa pun, menjengah ke ruang komen pada perkongsian berkenaan, rata-rata warga maya berkongsi sentimen yang sama.

Semuanya merasa kagum dan memuji keperibadian lelaki berkenaan.

BACA: Betul ke onani punca kulit naik jerawat? Doktor ini tampil beri penjelasan