Takut kalah pengundian, Muhyiddin didakwa bimbang bentang usul atau RUU

Cakap-cakap di kalangan pemerhati politik yang diperkuatkan oleh laporan dan analisis media arus perdana serta perbualan media sosial memberi gambaran cemas mengenai kedudukan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antaranya mengatakan yang kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak lagi mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.

Sejak pelantikannya sebagai perdana menteri pada 2 Mac lagi sudah timbul tanda tanya berkenaan bilangan sebenar ahli Dewan Rakyat yang menyokong beliau.

Daripada aspek teknikal, memang benar ada masanya kerajaan PN tidak mempunyai majoriti di Dewan.

Contohnya apabila kehadiran ahli kerajaan dalam Dewan Rakyat lebih sedikit berbanding pembangkang. Mengikut maklumat seorang ahli parlimen dari PH inilah yang terjadi pada hari Khamis lalu apabila beberapa orang MP Umno “absent”.

Hal ini tidak dapat dielakkan kerana PN bukan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya sebaliknya ditubuhkan melalui pemungkiran janji oleh sebahagian ahli yang dipilih dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 9 Mei 2018.

Mereka terdiri daripada tiga kelompok, iaitu Bersatu yang menyokong Muhyiddin, PKR yang menyokong Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan parti-parti yang kalah PRU 2019, khususnya Umno dan Pas.

Muhyiddin hanya mendakwa mempunyai sokongan lebih besar dalam Dewan Rakyat berbanding Pakatan Harapan yang menang PRU 2018.

Tetapi beliau tidak berani mengesahkan dakwaannya itu melalui undi Dewan Rakyat. Sebaliknya perbahasan usul tidak percaya yang dikemukakan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mei lalu sama ada gagal diadakan atau sengaja dilambat-lambatkan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/538725