Taktik peniaga letak sticker Al Quran pada bungkusan dikecam netizen, ini puncanya…

Taktik peniaga letak sticker Al Quran pada bungkusan dikecam netizen, ini puncanya…

Sebelum ini kecoh mengenai isu pihak kurier tentang parcel rosak, servis lambat dan macam-macam lagi. Namun, perkara itu sudah pun ‘senyap’ kerana masalah itu sudah pun diatasi.

Tapi, isu yang terbaru pula ialah berkaitan dengan peniaga online. Biasanya, kalau peniaga nak kirim bungkusan yang mudah pecah menggunakan perkhidmatan kurier, mereka akan letak tanda ‘fragile’ di atas parcel tersebut untuk mengelakkan bungkusan dibaling mahupun dipijak.

Lain pulak yang dilakukan oleh peniaga ini dimana dia menggunakan taktiknya sendiri dengan meletakkan sticker gambar al-Quran di atas parcel supaya pekerja kurier tidak membaling atau memijak parcel itu.

Namun, tindakannya itu mengundang kecaman netizen kerana taktik sebegini tidak patut dilakukan sebab kalau ada peniaga lain yang betul-betul menjual al-Quran, pekerja kurier tidak akan mempercayainya.

Ada juga yang mencadangkan cara lain yang boleh digunakan untuk elak pekerja kurier baling parcel customer.

Semoga takde yang ikut lah taktik ni sebab orang akan salah anggap dengan cara sebegini.

Berita Penuh :https://ohmedia.my/trending/macam-mana-rezeki-nak-berkat-netizen-tak-suka-taktik-peniaga-ini-letak-sticker-al-quran-untuk-elak-dibaling/