Taktik baharu kaki ponteng puasa dah tak guna plastik hitam

Plastik hitam yang sinonim digunakan kaki ponteng puasa untuk membungkus makanan tidak lagi menjadi pilihan golongan berkenaan.

Sebaliknya, mereka kini memilih plastik berwarna lain bagi membungkus makanan dibeli.

Perkara itu didedahkan Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Muhammad Suhaimi Salleh hasil operasi yang dilakukan pihaknya di lima lokasi sekitar daerah ini.

Taktik baharu kaki ponteng puasa dah tak guna plastik hitam

Dalam serbuan bermula kira-kira jam 9 pagi tadi, pelbagai gelagat dapat dilihat malah di salah satu daripada lima lokasi serbuan, geng kaki ponteng puasa yang sedang beratur membeli nasi bungkus bertempiaran lari sebaik melihat kenderaan pihak berkuasa tiba di kawasan itu.

Muhammad Suhaimi berkata, premis itu dipercayai dijadikan tempat memasak pemilik sebuah kedai makan malah menjadi tempat kumpulan itu membeli juadah tengah hari siap dengan pakej minuman.

Baca Artikel Penuh