“Takpe kot ludah atas pentas, janji tak pukul isteri”, netizen perli Awie semula

“Takpe kot ludah atas pentas, janji tak pukul isteri”, netizen perli Awie semula. Perbuatan Noh Salleh yang meludah secara tiba-tiba di atas pentas telah menyebabkan vokalis kumpulan Hujan itu teruk dikecam warganet sehinggakan ada yang memintanya untuk berjumpa dengan pakar.

Bukan itu sahaja, Noh juga ditegur penyanyi rock ‘legend’ tanah air, Dato Awie yang menganggap perbuatan Noh itu bukanlah melambangkan seorang rockers sejati tetapi lebih kepada seorang beruk.

Netizen ungkit semula kes Awie pukul bekas isteri

Meskipun ramai yang menyokong kenyataan dikeluarkan Dato Awie itu, terdapat seorang netizen di Twitter tampil mengungkit semula kes yang melibatkan penyanyi lagu Sejati itu.

Menurut pengguna Twitter itu, perbuatan meludah di atas pentas tidaklah seteruk memukul bekas isteri sehingga menjadi kes di mahkamah.

"Takpe kot ludah atas pentas, janji tak pukul isteri", netizen perli Awie semula

Dapat dilihat, kenyataan itu ditujukan kepada Dato Awie yang pernah terpalit dengan isu tersebut suatu ketika dahulu.

Walaubagaimanapun, difahamkan ciapan dibuat pengguna Twitter itu telah pun dipadam selepas mendapat kecaman dari netizen lain kerana kenyataan yang dibuat Dato Awie itu adalah sekadar untuk menegur penyanyi supaya menjaga adab ketika membuat persembahan di atas pentas.

BACA:

MYAirline kini beroperasi sebagai syarikat penerbangan tambang rendah

Zul Ariffin bagi ayat padu dekat artis ni ‘kurangkan makan cili, nanti menggelupur’

Ini bukti layanan ‘double standard’ Mat Saleh dan Mat Nepal oleh rakyat Malaysia