Menteri jangan mendahului PM atau kabinet dalam membuat policy statement.
Timbul satu polemik sekarang samada MP bolih atau tidak d lantik untuk menerajui GLC.
Pertama..tidak ada undang2 yang bolih menyekat MP dari memegang GLC dan tidak juga ada peraturan mandotari MP wajib memegang GLC.Kekeliruan sekarang timbul kerana adanya satu kenyataan seorang menteri yang di katakan membuat kenyataan setiap MP yang tidak di lantik sebagai menteri atau timbalan menteri akan ditugaskan memegang GLC.
Saya tidak pasti samada menteri tersebut ada membuat kenyataan yg bermaksud sebegitu Kalau ada maka ia tidak menepati etika berkerajaan.Ini adalah policy statement dan tidak ada sebuah kerajaan bolih membuat kenyataan dasar yang bercanggah degan peraturan undang2 dan perlembagaan negara.
Berbalik kita kepad isu MP dan GLC keutamaan yang ada kpd kita ia lah menempatkan orang yang terbaik untuk memegang sesuatu jawatan.Setengah MP memang mempunyai latarbelakang koporat dan seorang profesional.MP yg saperti ini mampu dan layak untok memegang GLC.Ia tidak sepatut nya dihalang dari memegang GLC.
Masaalah yang berbangkit saya kira ia lah kerajaan jangan sewenang2 meletakkan seseorang MP memegang GLC tanpa mengambil kira latarbelakang nya pengalaman dan keupayaan nya .
Kriteria yang digunakan semata2 atas pertimbangan politik.Ini tidak wajar sama sekali dan mesti dielakkan olih kerajaan PN..Wassalam.