Tak sangka! Yang di-Pertuan Agong ke-17 bayar zakat tahun lepas RM10 juta!

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, dengan murah hati membayar zakat sebanyak RM10 juta untuk tahun 2023.

Cek zakat tersebut diserahkan oleh Baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Ismail Abu, dan disaksikan oleh Mufti Johor, Dato’ Yahya Ahmad.

Selain itu, Baginda Tuanku juga memberikan sumbangan peribadi sebanyak RM100,000 kepada Gabungan Persatuan Teksi Berdaftar Johor Bahru (GAPET).

Tak sangka! Yang di-Pertuan Agong ke-17 bayar zakat tahun lepas RM10 juta!

Presiden GAPET, Wahib Mohd Yasin, menerima sumbangan cek dari Baginda Tuanku Sultan pada hari ini (12 April) di Johor Bahru.

Pada tahun 2019, Sultan Johor telah membayar zakat sebanyak RM5 juta dan mewakafkan tanah seluas 1024.487 meter persegi untuk tujuan Wakaf Surau dan Kebajikan Agama Islam, Mukim Jemaluang, Mersing.

Baca Artikel Penuh