Tak sangka! Rupanya ikan duyung benar-benar wujud tapi kewujudannya dibuktikan ada di Syria.
Kat barat sekarang kecoh dengan The Little Mermaid (2023) yang berbaur woke.
Tapi, kalau korang dapat tangkap seekor duyung, korang sanggup tak panggang bbq dan makan? Boleh ke?
Ulama Islam dah lama tau bahas pasal ikan duyung.
Imam Az-Zarqani dalam Kitab Ajwibah Az-Zarqani menggelarnya manusia laut (admiyatul bahr).
Kamaluddin Muhammad bin Musa Ad Damiri dalam kitab Hayah Al-Hayawaan Jilid 1 ada tulis tentang puteri duyung (insanul ma’) Yang menariknya, dia kategorikan duyung ada jantan dan betina. Yang jantan dipanggil tuan lautan (syaikhul bahr). Katanya, ia boleh dijumpai di laut Syam.
“Ikan duyung adalah haiwan yang menyerupai manusia, namun dia memiliki ekor.”
Al-Qazwaini berkata: “Ada seseorang yang datang membawa haiwan ini di zaman kami dengan bentuk yang telah kami sebutkan.“
Dan disebutkan: “Sesungguhnya di laut Syam di beberapa waktu ada hewan yang bentuknya menyerupai bentuk manusia dan dia memiliki jenggot yang putih, mereka menamainya dengan ‘Syaikh Al-Bahr’. Jika dia dilihat oleh manusia maka mereka senang.”
Syekh Sulaiman bin Muhammad bin Umar Al-Syaf’I cerita lagi spesifik:
“Ikan Duyung (Banaat Ar-Ruum) adalah ikan di laut yang menyerupai wanita. Dia memiliki rambut yang terurai panjang. Warnanya condong ke coklat-coklatan, memiliki farj (kemaluan) dan payudara. Dapat berbicara namun tidak dapat dipahami, mereka tertawa dan terbahak-bahak…
Terkadang ikan ini tertangkap oleh para pelaut kemudian dinikahi dan dikembalikan lagi ke laut.”
” BOLEH KE KITA MAKAN IKAN DUYUNG? ”
Kat barat sekarang kecoh dengan The Little Mermaid (2023) yang berbaur woke. Tapi, kalau korang dapat tangkap seekor duyung, korang sanggup tak panggang bbq dan makan? Boleh ke? pic.twitter.com/ctIOiaDhQ8
— The Patriots (@thepatriotsasia) May 26, 2023
Ok kita balik kepada hukum boleh ke makan duyung?
Duyung ni manusia atau haiwan? Kan dia separuh manusia separuh ikan. Kalau manusia confirm la haram makan. Kalau haiwan, halal makan. Jadi nak kira macam mana?
Imam Az-Zarqani dalam Kitab Ajwibah Az-Zarqani berijtihad yang ikan duyung ialah haiwan. Oleh kerana ini, sebahagian ulama membolehkan duyung dimakan. Sebab semua hidupan laut ialah halal.
Rasulullah (SAW) bersabda: “Dihalalkan ke atas kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah: Dua jenis bangkai: iaitu ikan dan belalang, dan dua jenis darah: iaitu hati dan limpa”
BACA: