Tak sangka! Ramai tak tahu rupanya ini sebab telaga zamzam tak pernah kering walaupun dah wujud beribu tahun

Oleh GEMILANGDAILY

Tak sangka! Ramai tak tahu rupanya ini sebab telaga zamzam tak pernah kering walaupun dah wujud beribu tahun

Sebut sahaja mengenai air zamzam rata-rata daripada anda mesti pernah dengar mengenainya. Warna airnya yang jernih dan bersih tanpa sebarang campuran warna menjadikan ia istimewa.

Air yang berasal dari telaga di kawasan Masjidil Haram, Makkah Arab Saudi itu juga kebiasaannya akan dibawa pulang oleh umat Islam yang menunaikan haji dan umrah.

Tak sangka! Ramai tak tahu rupanya ini sebab telaga zamzam tak pernah kering walaupun dah wujud beribu tahun

Kebiasaannya dari situlah kita dapat merasai air zamzam ini. Tetapi pernah tak anda terfikir mengapa air yang sudah wujud beribu tahun lalu ini tidak pernah kering?

Merungkai persoalan tersebut, saintis menerusi Archyworldys ada berkongsikan mengenai persoalan itu.

Menerusi perkongsian video Iqraa-English, telaga zamzam dikatakan terletak di timur Kaabah (Makkah) dan 21 meter jauh daripadanya. Malah telaga ini terletak di tepi halaman Masjidil Haram pada kedalaman 13 meter.

Difahamkan, telaga zamzam ini boleh menyedut sehingga 18.5 liter air sesaat.

Menurut Archyworldys, telaga zamzam ini dikatakan berusia hampir-hampir 4,000 tahun. Selama tempoh ini, air zamzam tersebut sudah diambil oleh kebanyakan mereka yang pergi ke sana untuk menunaikan haji dan umrah.

Kenapa Telaga Air Zam Zam Tak Pernah Kering ? Ini Jawapannya Yg MENGEJUTKAN  Ramai !!!

Pun begitu, air zamzam ini dilihat masih lagi ada dan tidak habis-habis walaupun sudah diambil oleh jutaan jemaah haji dan umrah termasuk juga penduduk Muslim di sana.

Hal ini menimbulkan persoalan kepada orang awam mengenai bagaimana air zamzam tidak pernah kering selama ribuan tahun.

Menurut Abbas Sharaqi, seorang profesor Geologi dan Sumber Air di Insititut Penyelidikan Afrika menerusi archyworldys, telaga zamzam di Makkah ini tidak pernah kering kerana ia disambungkan kepada air bawah tanah yang boleh diperbaharui.

Disebabkan itulah air zamzam ini dianggap sebagai satu rahmat kepada umat Islam.

Diperbaharui secara semula jadi
Air zamzam ini tidak pernah berlaku penyusutan kerana ia diperbaharui secara semula jadi.

Memetik laporan Egypt Today, air zamzam ini boleh diperbaharui kerana sumber airnya adalah air hujan di Kota Makkah.

“Air ini daripada bawah tanah yang boleh diperbaharui,” kata Profesor Sharaqi.

Mesir ternyata mempunyai Gurun Barat, takungan Batu Pasir Nubia ini dipercayai terletak di sebuah oasis. Lokasi air zamzam ini tidak boleh dialih sehingga kini.

“Air zamzam merupakan air yang boleh diperbaharui.

“Makkah juga berada dalam kawasan pergunungan dan salah satu lembahnya telah menampung telaga zamzam di dataran yang lebih rendah.

“Sumber air ini berdasarkan hujan,” kata Sharaqi.

Menurut Sharaqi, endapan sungai sepanjang 14 meter yang terbentuk dari air hujan di pergunungan akan jatuh ke dataran rendah dan berubah menjadi satu sedimen (lumpur).

Proses ini memerlukan jutaan tahun untuk membuat telaga zamzam yang mempunyai panjang sehingga 14 meter itu.

Tambahnya, di bahagian paling bawah terdapat batuan yang membentuk kedalaman telaga zamzam yang mencapai hingga 35 meter.

“Air di telaga zamzam digunakan sebagai air minum untuk jemaah dan tidak digunakan untuk pertanian.

“Telaga zamzam digunakan hampir-hampir 4,000 tahun, ini mungkin membuatkan kita berfikir kenapa air ini tidak habis.

“Namun, memandangkan keadaan iklim di sana stabil dan tidak berubah maka telaga itu mampu untuk menghasilkan air secara berterusan,” kata Profesor Sharaqi.

BACA: Kes amang seksual, ibu mangsa dedah Pu Azman minta anak lumur minyak pada kemaluannya