“Tak sangka isteri ada keberanian balas dendam, rupanya ini yang mak aku buat sampai isteri aku hilang pertimbangan”

Sempurna… Itu yang aku nampak pada isteri aku. Tipu kalau aku kata tiada kurang nya dia tapi itu tak perlu aku ceritakan.Aku MFJ. Sejujurnya aku tak tahu dari mana aku nak kongsikan tapi ini adalah penghargaan aku buat isteri aku Nana.

Nana, anak bongsu dari 6 adik beradik. 2 lelaki dan 4 perempuan. Anak kesayangan ayah dan mak nya pada pandangan aku.

Seorang yang tak pernah mengeluh susah, sentiasa ceria dan yang paling aku suka, kelakar. Garang dengan anak anak tapi dalam harimaunya dia, hatinya selembut sutera.

"Tak sangka isteri ada keberanian balas dendam, rupanya ini yang mak aku buat sampai isteri aku hilang pertimbangan"

Anak anak memang takut kan dia lebih dari takut kan hantu tapi bonda nya itu lah yang paling diorang sayang. Tak pernah sekali pun Nana tinggalkan anak kecuali semasa tidur di wad sebab gastrik teruk dulu. Sebab itu anak anak aku semua manja dan mendengar kata bonda mereka.

Hasil dari harimaunya Nana anak anak aku semua pandai berdikari, bercakap lemah lembut dan sangat hormat orang tua. Tak pernah sekali pun anak aku tanttrum nak kan mainan, lompat atas sofa rumah orang atau bergduh berebut mainan dengan sepupu sepapat nya.

Baca Artikel Penuh