Tak sangka alien dalam filem Senario XX rupanya cakap bahasa Melayu

Seorang pengguna TikTok berjaya mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan perkara yang mengejutkan mengenai filem komedi sains fiksyen, Senario XX.

Menurut pemilik akaun TikTok ZD Studio itu, makhluk asing yang muncul dalam filem tersebut

sebenarnya menggunakan bahasa Melayu untuk bertutur sesama mereka.

Tak sangka alien dalam filem Senario XX rupanya cakap bahasa Melayu

Walau bagaimanapun, para penonton tidak akan dapat mendengarnya dengan jelas ekoran suara yang dituturkan oleh pembawa watak mahkluk asing itu telah disunting.Menerusi satu hantaran di platform tersebut, ZD Studio memuat naik rakaman video sambil menjelaskan bagaimanakah bahasa berkenaan disunting oleh pihak produksi.

Rupa-rupanya, pihak produksi filem Senario XX itu menggunakan tetapan ‘reverse speed’ di mana bahasa Melayu yang dituturkan oleh pelakon telah ‘diterbalikkan’.

Baca Artikel Penuh