Tak sampai 12 jam PPS ditutup, Kemaman kembali banjir

Tidak sampai 12 jam pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun ditutup, daerah Kemaman pula dilanda bencana itu susulan fenomena air pasang besar.

Banjir yang melanda daerah itu menyebabkan 10 mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke PPS.

PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga diaktifkan 9 malam tadi susulan kediaman penduduk dinaiki air.

Tak sampai 12 jam PPS ditutup, Kemaman kembali banjir

Sebelum ini, banjir yang melanda Kemaman pada Jumaat pulih sepenuhnya semalam apabila PPS di Kampung Surau Kampung Ban Ho ditutup 8 pagi hari yang sama.

Terdahulu banjir di daerah Dungun yang melanda sejak Khamis pulih sepenuhnya susulan penutupan PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Orang Ramai Kampung Shukor jam 12 tengah hari semalam.

Susulan penutupan itu, seramai 137 mangsa daripada 42 keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Baca Juga : Duit tabung RM300 ribu milik wanita ini habis dimakan anai-anai
Raub naik air lagi, penat gelombang pertama masih belum hilang
Sebar maklumat salah, Twitter tutup akaun seorang wakil rakyat

Artikel ini disiarkan pada 04/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)