Tak ramai tahu, rakyat negeri ini boleh buat duit hanya dengan tangkap tikus! RM3 seekor

Tak ramai tahu, rakyat negeri ini boleh buat duit hanya dengan tangkap tikus! RM3 seekor.

Penduduk di Jasin, Melaka yang berjaya menangkap tikus sama ada hidup atau mati akan menerima ganjaran RM3 setiap seekor oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Ganjaran RM3 untuk seekor tikus

Tak ramai tahu, rakyat negeri ini boleh buat duit hanya dengan tangkap tikus! RM3 seekor

Ganjaran menarik tersebut ditawarkan oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) bersempena Kempen Membasmi Tikus yang bakal berlangsung bermula hari ini hingga 17 Ogos depan.

Ganjaran ini juga bertujuan untuk menarik minat masyarakat untuk menjayakan kempen yang berlangsung.

Difahamkan, ganjaran tersebut boleh dituntut selepas tikus yang ditangkap dibawa ke pejabat MPJ setiap hari bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang, kecuali pada Sabtu dan Ahad.

Selain itu, komuniti juga boleh menghantar tikus yang ditangkap ke Pasar Awam Merlimau pada 21 Julai dan 4 Ogos depan (2 hari sahaja).

Menurut Yang Dipertuanya, Datin Sapiah Haron, Kempen Membasmi Tikus yang berlangsung dapat membantu penduduk dan pemilik kedai memastikan premis mereka berada dalam keadaan paling bersih.

Kita tidak hadkan jumlah tikus, lagi banyak tikus dibawa sudah pasti ganjaran besar boleh mereka peroleh.

Usaha ini adalah langkah terbaik bagi menggalakkan orang ramai membantu MPJ membasmi haiwan perosak itu, sama ada di rumah atau premis restoran.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Landskap dan Perkhidmatan Bandar di talian 06-5291245.

BACA:

Suratan atau kebetulan? Pencinta seni terkejut melihat ‘iPhone’ pada lukisan 1882 cetus teori kembali ke masa lalu

“Aku cabar dan paksa suami ceraikan aku..rupanya kekasih cuma mahukan tubuh je”, Wanita ini dedah kisah buat dia menyesal tak sudah