Tak puas hati dibuang kerja kerana komen di FB Najib, lelaki ini bawa ke mahkamah dan menang

Tak puas hati dibuang kerja kerana komen di FB Najib, lelaki ini bawa ke mahkamah dan menang.Fahaman kita, apabila seseorang ni bekerja dalam satu sektor, pastilah kena jaga reputasi di media sosial, ini kerana ada ‘mata-mata’ yang perhatikan kita, jika silap langkah, boleh dibuang kerja dan lebih teruk lagi, boleh dikenakan tindakan undang-undang!

Perkara itu yang terjadi kepada seorang kakitangan yang berkhidmat di sektor awam, dia dikenakan tindakan disiplin akibat memberi komen di Facebook bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

“Kesian. Hilang Kawan. Hilang Deposit”

Menurut kisah yang dikongsikan oleh peguam @nass_rahmann ini, individu yang dikenali sebagai Nazrul ada memberikan komen di FB bekas Perdana Menteri dalam satu ucapan takziah untuk kematian bekas Ketua Menteri Sarawak beberapa tahun lepas.

Atas tindakan itu, jabatannya telah mengenakan tindakan disiplin dan memberikan surat tunjuk sebab untuk membela diri.

Biarpun Nazrul telah melakukan perkara tersebut, jabatannya tetap kenakan hukuman buang kerja. Oleh sebab itu, Nazrul membuat prosiding Semakan Kehakiman untuk cabar hukuman tersebut.

Tak puas hati dibuang kerja kerana komen di FB Najib, lelaki ini bawa ke mahkamah dan menang

“Di Mahkamah Tinggi, permohonan Semakan Kehakiman Nazrul ditolak. Dia kemudiannya merayu ke Mahkamah Rayuan.”

Oleh sebab itu, Nas Rahman menjelaskan bahawa Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Nazrul pada Oktober lepas atas beberapa sebab. Berikut merupakan senarai sebab tersebut :

Oleh sebab itu, Nas Rahman berkata keputusan hukuman buang kerja terhadap Nazrul telah dibatalkan dan kerajaan perlu membayar gaji serta faedah kepada Nazrul dari tarikh pembuangan kerja.

Perkongsian ini telah meraih lebih daripada 5,000 jumlah retweets dalam masa 23 jam ia dimuat naik dan ia membuatkan netizen kagum dengan Nazrul, malah atas perkongsian ini juga, ada pelajar mahu gunakan sebagai salah satu maklumat dalam tugasan kerja mereka.

BACA JUGA : Detik kalah PRU14, Najib pernah pujuk Anwar keluar PH
Komplot gulingkan Najib, akhirnya Shafie Apdal bersuara
Panas !!! Pembantu dedah usaha ‘cekup’ Najib waktu mesyuarat kabinet

Artikel ini disiarkan pada 11/01/2022