"Tak perlu ramai-ramai datang jumpa, pening saya" - Tok Mat

“Tak perlu ramai-ramai datang jumpa, pening saya” – Tok Mat

“Tak perlu ramai-ramai datang jumpa, pening saya” – Tok Mat. Barisan Nasional (BN) belum membincangkan soal calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata banyak faktor diambil kira dalam menilai calon yang akan bertanding.

“Sekarang kita belum bercakap pasal calon pun, jadi nasihat saya janganlah datang ramai-ramai jumpa saya.. pening saya.

“Semalam ada yang datang bertanya kerana mendengar khabar dia tidak jadi bertanding dan macam-macam lagi, siap bawa sekumpulan.

“Saya belum selesai melawat jentera. Bila dah bentangkan kepada parti barulah kita melihat kepada calon,” katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus biro politik bahagian UMNO Perak di sini, hari ini.

"Tak perlu ramai-ramai datang jumpa, pening saya" - Tok Mat

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, parti akan melihat urusan pembahagian kerusi dengan rakan parti komponen dan Friends of BN.

Tegasnya, keutamaan kini lebih diberi kepada menilai tahap kesiapsiagaan jentera untuk berhadapan PRU-15.

“Kita turunkan profesor dari langit pun, kalau jentera tidak bekerja tidak berguna juga.

“Kalau jentera kita bagus, marketing arm dan promotional (pemasaran dan promosi) bagus, produk tak bagus pun boleh jadi bagus,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO menegaskan, tiada perkara tergempar berhubung pertemuan pimpinan UMNO bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kompleks Seri Perdana malam tadi.

“Saya dengan Jawatankuasa saya pergi termasuk Setiausaha Agung memberikan laporan kepada parti dan kepada beliau (Perdana Menteri).

“Tiada tergempar apa, setiap minggu pergi buat taklimat dengan beliau selepas setiap negeri saya pergi buat lawatan jentera.

“Beliau memerlukan penilaian rapi dan sebagai Pengarah Pilihan Raya, saya sentiasa memberi status laporan untuk beliau menimbangkan kesiapsiagaan parti.

“Ini penting sebelum Perdana Menteri mencari tarikh sesuai menasihati Yang di-Ppertuan Agong bagi membubarkan Parlimen,” katanya.

BACA:

Selepas kalah, peguam Najib kata Allah sahaja boleh beri keadilan sempurna

Kata akhir Najib kepada keluarga jadi tular

KLFW: Orang ramai sedih baju tradisional jadi fesyen mengarut macam ni

CATEGORIES