Tak perlu lagi Mushroom Seasoning, guna 3 bahan ni sahaja sebagai pengganti

Tak perlu lagi Mushroom Seasoning, guna 3 bahan ni sahaja sebagai pengganti

Tak perlu lagi Mushroom Seasoning, guna 3 bahan ni sahaja sebagai pengganti. Buat Sendiri Mushroom Seasoning, Pengganti Serbuk Perasa. Cuma Perlu 3 Bahan Saja

Ramai yang menggunakan serbuk perasa dalam masakan, kalau tak letak sedap pula rasanya. Tapi dalam masa yang sama risau juga dengan penggunaan bahan kimia atau MSG.

Sekiranya mahu amalkan pemakanan lebih sihat tapi dalam masa yang sama mengekalkan rasa sedap makanan mungkin boleh tukar penggunaan dari serbuk perasa kepada mushroom seasoning atau serbuk perasa cendawan.

Tak perlu lagi Mushroom Seasoning, guna 3 bahan ni sahaja sebagai pengganti

Paling menarik mushroom seasoning ini boleh kita buat sendiri. Lagi sihat kerana ia rendah kalori dan mengandungi antioksidan yang tinggi daripada cendawan.

Bagi yang nak cuba buat sendiri boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nawal Yasmin Mat Noh.

Cara buat mushroom seasoning homemade
Buat Sendiri Mushroom Seasoning, Pengganti Serbuk Perasa. Cuma Perlu 3 Bahan Saja

Bahan-bahan

  • 100g cendawan kering/ dried shitake
  • mushroom
  • 50g garam
  • 50g gula

Buat Sendiri Mushroom Seasoning, Pengganti Serbuk Perasa. Cuma Perlu 3 Bahan Saja

Cara membuat:

1. Basuh cendawan dan keringkan. Lap dengan kain atau tisu dapur.

2. Masukkan dalam oven/air fryer, bakar selama 20 minit pada suhu 100 darjah Celsius. Sejukkan.

Buat Sendiri Mushroom Seasoning, Pengganti Serbuk Perasa. Cuma Perlu 3 Bahan Saja

3. Selepas sejuk masukkan dalam TM6 semua bahan dan grind selama satu minit, kelajuan 10.

4. Boleh juga guna pengisar kering, kisar hingga jadi serbuk tapi pastikan kisar sedikit demi sedikit.

Buat Sendiri Mushroom Seasoning, Pengganti Serbuk Perasa. Cuma Perlu 3 Bahan Saja

Selamat mencuba.

BACA:

Siapa sangka 4 pemain bola sepak ni pernah main untuk 2 negara di Piala Dunia

Guna tali kawal 5 anak kembarnya, bapa ini dikecam buat macam anjing

Mak Jah terus berlakon selagi boleh bergerak, sempat beri nasihat padu kepada pelakon muda

CATEGORIES