Tak patut tolak tawaran Muhyiddin, kata Presiden Gerakan

tawaran

Tak patut tolak tawaran Muhyiddin, kata Presiden Gerakan. Tawaran kerjasama semua pihak dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sekadar retorik sebaliknya demi mewujudkan kestabilan politik dan pemerintahan dalam negara.

Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau, berkata parti pembangkang tidak wajar menolak tawaran terbabit demi masa depan negara.

“Persefahaman rentas parti ini adalah kenyataan seorang pemimpin yang berjiwa besar yang memikirkan soal kemajuan negara, bukannya untuk menjaga kepentingan peribadi.

“Cadangan itu adalah peluang untuk membina kerjasama antara parti dan mengembalikan negara ke landasan yang lebih stabil dalam memulihkan kesihatan dan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lau berkata, kesan pembaharuan itu jika dilaksanakan bukan sahaja mengubah landskap politik negara pada hari ini malah untuk beberapa generasi akan datang.

tawaran

Sementara itu itu, Naib Pengerusi GERAKAN, Koo Shiaw Lee, berkata semua pihak harus mengetepikan perbezaan politik sesuai dengan slogan ‘utamakan rakyat’.

“Tanggungjawab yang lebih penting kini adalah membendung penularan COVID-19, menyelamatkan nyawa dan memulihkan Malaysia.

“Kita boleh nampak tujuan Perikatan Nasional (PN) adalah semata-mata untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik. Demi rakyat dan negara,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Ucapan Khas, mengemukakan cadangan persefahaman rentas parti bagi membolehkan usul percaya kepada Perdana Menteri diluluskan dengan undi bipartisan di Dewan Rakyat, sekali gus kerajaan boleh terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba masa sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/851166/pembangkang-tidak-wajar-tolak-tawaran-muhyiddin

BACA: Muhyiddin halalkan politik wang demi untuk berkuasa – Maszlee

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)