Tak padan dengan saiz, aksi buaya cuba makan gajah undang padah apabila dipijak gajah

Seorang pemandu pelancong di Afrika Selatan merakam kejadian luar biasa gajah melawan seekor buaya

yang cuba membaham dengan menggigit ekornya, lapor agensi berita United press International (UPI).

Emmanuel Sauti, 53, berkongsi video memaparkan pertembungan dua haiwan ganas itu di laman LatestSightings.com.

Tak padan dengan saiz, aksi buaya cuba makan gajah undang padah apabila dipijak gajah

“Pada suatu hari, kami ingin pulang ke kem selepas cuti tamat. Ia hanyalah perjalanan biasa. Kami tidak menyangka akan menyaksikan kejadian jarang berlaku itu.

“Semasa merentasi Sungai Luangwa, kami melihat pertembungan di dalam air antara gajah dan buaya. Saya menahan perasaan bercampur-baur. Gajah itu berlawan dengan baik dan buaya itu juga tidak berundur,” katanya.

Baca Artikel Penuh