Tak mampu beli bunga Konvo, anak sebak lihat ibu gigih gubah bunga sendiri

Tak mampu beli bunga Konvo, anak sebak lihat ibu gigih gubah bunga sendiri umah mampu milik johor gpki mampu rumah mampu milik jujur saja ku tak mampu mampu direktori mampu malaysia rumah mampu biaya johor mampu in english permohonan rumah mampu milik

 

Hadiah jambangan bunga cukup sinonim dalam meraikan detik kemuncak perjalanan hidup setiap pelajar universiti atau kolej.

Bagi Nurul Munirah Maiden, jambangan bunga yang diterimanya ketika hari graduasi pada 29 Januari lalu dianggap sebagai hadiah terindah sepanjang 23 tahun bergelar seorang anak.

Menurut graduan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) itu, ibunya Suhara Abdullah, 56, menghasilkan jambangan bunga sendiri kerana mempunyai dengan masalah kewangan.

“Mak kata dia tak cukup duit nak beli jambangan bunga untuk saya. Dia kata tak mampu. Jadi mak ajak saya ke kedai untuk beli bunga hidup dan coklat untuk buat jambangan sendiri.

“Mak pula memang jenis kreatif, dia dari dulu suka hias rumah. Tapi ini kali pertama dia buat jambangan bunga. Ambil masa juga, dari 8 malam sehingga 11 malam. Saya dan anak-anak buah bantu mak buat jambangan bunga pada malam sebelum hari konvo.

@bulanist hargai selagi ada, takpayah bandingkan ❤️#fyp #fypシ #momsoftiktok #mom #graduation ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

“Walaupun kali pertama, tapi mak buat sangat cantik. Esok pagi, mak bungkus siap-siap dan bawa ke majlis saya. Setiap masa mak periksa, risau bunga tu layu,” imbas Munirah.

Menurut graduan bidang Pengurusan Perniagaan itu, dia menghargai sentuhan kreatif ibunya dan mengakui sebak setiap kali memikirkan hal tersebut.

Tak mampu beli bunga Konvo, anak sebak lihat ibu gigih gubah bunga sendiri umah mampu milik johor gpki mampu rumah mampu milik jujur saja ku tak mampu mampu direktori mampu malaysia rumah mampu biaya johor mampu in english permohonan rumah mampu milik

“Jujur, kalau teringat mesti saya menangis. Saya terharu sangat. Tak pernah terfikir akan dapat hadiah macam tu. Saya kesian tengok mak buat jambangan bunga. Masa dia bagi, saya memang rasa sebak.

“Masa hari konvo tu, saya ditemani mak dengan kawan-kawan. Ayah saya dah tiada. Ayah meninggal akibat jangkitan paru-paru selepas dia pulang dari Makkah pada tahun 2019.

Saya buat video sebab nak hargai apa yang mak saya buat. Bukan selalu, tapi sekali seumur hidup.

“Tapi Alhamdulillah saya rasa seronok. Dah setahun konvo tertunda akibat Covid-19. Memang saya tunggu-tunggu. Akhirnya dapat jumpa kawan-kawan semula,” ujar anak bongsu daripada dua beradik itu.

Dalam pada itu, video jambangan bunga yang dibuat oleh ibu Munirah turut meraih hampir 400,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Kata Munirah, dia sekadar berkongsi video itu untuk kenangan, namun tidak menyangka akan dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen.

Tak mampu beli bunga Konvo, anak sebak lihat ibu gigih gubah bunga sendiri umah mampu milik johor gpki mampu rumah mampu milik jujur saja ku tak mampu mampu direktori mampu malaysia rumah mampu biaya johor mampu in english permohonan rumah mampu milik

Tambah Munirah, dia sekali lagi tumpah air mata gara-gara terharu membaca ucapan tahniah serta doa-doa yang dititipkan buat ibunya.

“Saya kongsi video itu untuk kenangan, tak sangka ia jadi viral. Saya buat video sebab nak hargai apa yang mak saya buat. Bukan selalu, tapi sekali seumur hidup.

“Masa rakam video pun saya rasa sedih dalam hati. Hanya itu yang mampu saya buat untuk mak. Lagi terkejut baca komen netizen. Masa baca tu, jujur air mata saya menitis.

Tak mampu beli bunga Konvo, anak sebak lihat ibu gigih gubah bunga sendiri umah mampu milik johor gpki mampu rumah mampu milik jujur saja ku tak mampu mampu direktori mampu malaysia rumah mampu biaya johor mampu in english permohonan rumah mampu milik

“Ramai yang komen ucap tahniah. Mereka juga doakan kesihatan mak. Saya maklumkan pada mak, dia cakap terima kasih, moga doa baik-baik itu berbalik kepada anda semua,” ujar Munirah yang kini bekerja sambilan sebagai personal shopper.

Dalam pada itu, Munirah turut merakamkan ucapan tahniah buat rakan-rakan sekuliah yang banyak membantu sepanjang enam semester dia mengikuti pengajian peringakat diploma.

Kata Munirah, banyak kenangan yang dicipta bersama dan dia berharap ukhuwah itu berkekalan biarpun kini semua membawa haluan masing-masing selepas menamatkan pengajian di Kuis.

BACA JUGA :

Ini cara membuat permohonan gaji bagi guru yang memiliki Master dan PhD

”Kerja saya jual badan”, Sharifah Sakinah tampil buat penjelasan

Keluarga hadapi masalah kewangan, gadis ini tawar jual dara RM6,000

CATEGORIES