Tajuddin dilantik pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan baharu

Tajuddin dilantik pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan baharu. Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Tajuddin dilantik mengisi jawatan itu menggantikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dalam Kabinet kerajaan Persekutuan.

Beliau yang mengesahkan perkara itu ketika ditanya Bernama, turut memaklumkan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang juga bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebagai Timbalan Pengerusi.

Tajuddin

Tajuddin berkata Kelab Penyokong Kerajaan itu kini akan dikenali sebagai Kelab Penyokong Kerajaan Malaysia (BBC Kerajaan Malaysia).

Sebelum ini, ketika diterajui Shahidan ia dikenali sebagai Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC).

Shahidan dilantik sebagai Pengerusi PNBBC pada Mei 2020, manakala Timbalan Pengerusi ketika itu disandang Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/864307/tajuddin-pengerusi-baharu-kelab-penyokong-kerajaan

BACA: Panas !!! Pensyarah kanan IPTA ditahan SPRM, agih kontrak kepada kakak

COMMENTS