Tahniah Wan Saiful, pengakuan anda jadi bukti kukuh PN adalah kerajaan gagal

Justeru itu apakah keputusan yang betul dan yang manakah yang tidak betul? Bukankah semuanya wajib dikaji dengan teliti dan pilihan yang paling baik sebelum sebarang keputusan diambil dan dilaksanakan?

Mengakui tidak semua keputusan kerajaan adalah betul ini mengundang bahaya terhadap rakyat dan sangat tidak bertanggungjawab.

Perlu diingat, sebarang kesilapan keputusan ketika ini kerajaan terkait dengan nyawa 33 juta rakyat negara ini tidak sepatutnya berlaku dan tidak boleh dipandang ringan.

Lebih buruk, sebarang kesilapan itu tidak boleh ditegur kerana Parlimen digantung.

Apapun tahniah Wan Saiful, pengakuan anda ini menjadi bukti kukuh bahawa kerajaan Perikatan Nasional ini sememangnya gagal dan wajar ditukar sementara menunggu suasana pulih untuk memberi laluan kepada PRU-15.

Perkara ini perlu disiasat sepenuhnya dan mohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong memperhalusi pengakuan ini serta membawanya ke pengetahuan Raja-Raja Melayu yang lain pada 16 Jun ini semasa mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu diadakan.

Selain itu NGO-NGO dan parti-parti politik wajib mendesak perkara ini disiasat serta ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) atas pengakuan Wan Saiful Wan Jan bahawa kerajaan seolah-olah ‘bereksperimen’ dengan rakyatnya sendiri.

Semoga 16 Jun ini Majlis Raja-raja Melayu dapat mempertimbangkan “kesilapan-kesilapan kerajaan dalam membuat keputusan” yang telahpun diakui sendiri oleh Bersatu.

Daulat Tuanku. ”

Sumber :