Syed Saddiq ucap tahniah PM baharu, teruskan khidmat sebagai MP pembangkang

Syed Saddiq ucap tahniah PM baharu, teruskan khidmat sebagai MP pembangkang.

Ucapan tahniah kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu.

Patik menjunjung kasih ke atas KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama Majlis Raja-Raja Melayu atas perkenan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan untuk melantik YAB Perdana Menteri ke-9.

Saya akan teruskan kerja dan politik khidmat sebagai Ahli Parlimen Pembangkang.

Sebagai Ahli Parlimen Pembangkang, tugas dan tanggungjawab hakiki saya adalah untuk terus membawa idea dasar dan polisi serta melaksanakan semak imbang ke atas setiap keputusan kerajaan untuk kebaikan rakyat.

Paling penting, saya akan sentiasa menjunjung Keluhuran Perlembagaan untuk negara.

Kerajaan yang baru dibentuk ini wajib bekerja keras untuk menangani krisis COVID-19 dan memulihkan semula ekonomi negara.

All the best.

Sumber :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

BACA JUGA : Terkini !!! Ismail Sabri sah dilantik Perdana Menteri ke 9

CATEGORIES