Syed Saddiq guna khidmat Ernst & Young untuk audit sumbangan diperoleh

Syed Saddiq guna khidmat Ernst & Young untuk audit sumbangan diperoleh.

Hanya dalam tempoh tujuh bulan, Inisiatif Raih Dana Parlimen Muar yang dilaksanakan sejak Disember tahun lepas berjaya mengumpul lebih RM1.4 juta sumbangan dengan kutipan tunai melebihi RM1.1 juta.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, jumlah keseluruhan dana terkumpul untuk Parlimen Muar dalam tempoh tersebut pula adalah lebih RM1.7 juta dan jumlah tersebut termasuk peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM320,000.

Justeru, bagi memastikan ketelusan setiap dana tersebut, pihaknya akan mendapatkan khidmat juru audit terkemuka, Ernst & Young (E&Y) untuk menilai beberapa inisiatif dilaksanakan mereka.

“Saya telah jalinkan kerjasama atau mohon untuk dapatkan khidmat nasihat daripada Ernst & Young, salah satu syarikat pengauditan terbesa di dunia untuk menilai program Satu Keluarga Satu Laptop, Satu Keluarga Satu Tablet.

“Selepas itu, mereka akan mengeluarkan satu standard raih dana yang boleh dipakai pejabat saya dan semua ahli Parlimen sebab saya nak kongsikan kepada semua.

“Kerana selepas ini kalau kita lakukan usaha raih dan, kita dah tahu bagaimana nak kurangkan kecuaian, bagaimana nak pastikan tiada ketirisan, apa penambahbaikan yang perlu dilakukan dan apakah dokumen diperlukan,” katanya.

Tambahnya, syarikat pengauditan tersebut akan memberi nasihat bagi memastikan tiada perkara yang terlepas pandang terutamanya melibatkan operasi besar sebegitu.

Beliau berkata demikian pada sidang media secara dalam talian yang turut disiarkan secara langsung di laman Facebook beliau pada Isnin.

Katanya lagi, jumlah perbelanjaan Parlimen Muar sejak Disember 2020 hingga Jun 2021 berjumlah lebih 1.63 juta.

Menurut Syed Saddiq, kutipan paling tinggi adalah melalui Botak Challenge yang berjaya mengumpul lebih RM407,000 disusuli kempen Muar sejiwa dan Thunderbold.

Selain itu, program lain yang dilancarkan seperti Kurta Syed Saddiq, BILLPLZ.COM/bantumuar dan beberapa kempen lain turut menyumbang kepada kutipan dana tersebut.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/raih-dana-parlimen-muar-kumpul-lebih-rm14-juta-botak-challenge-penyumbang-terbesar-309287

BACA JUGA : Sah !!! Memang ada kes suntik picagari kosong berlaku

Artikel ini disiarkan pada 19/07/2021

COMMENTS

Wordpress (0)