Syarikat sedia khidmat simpan mayat untuk ‘dihidupkan semula’ jadi bualan

Syarikat sedia khidmat simpan mayat untuk 'dihidupkan semula' jadi bualan

Syarikat sedia khidmat simpan mayat untuk ‘dihidupkan semula’ jadi bualan. Sebuah syarikat di Australia menawarkan peluang kepada orang ramai untuk ‘kembali hidup selepas mati’ dengan cara menyimpan ‘mayat’ mereka di dalam peti sejuk beku kriogenik.

Menurut akhbar Daily Star, ‘mayat’ tersebut akan dihidupkan kembali oleh sains pada masa akan datang.

Menerusi perkhidmatan disediakan syarikat bernama Cryonics itu, badan peserta akan direndam di dalam cecair nitrogen dan disimpan di dalam peti keluli pada suhu sekitar -200 darjah Celsius.

Menurut akhbar Daily Mail, keadaan itu akan membuatkan otak manusia berpeluang untuk hidup sekiranya peti tersebut bocor.

Ruang itu juga dibina dengan harapan bahawa kebangkitan semula manusia akan berlaku di masa hadapan.

Syarikat sedia khidmat simpan mayat untuk 'dihidupkan semula' jadi bualan

“Sebaik sahaja kemajuan perubatan tertentu berjaya dicapai pada masa hadapan, peserta mungkin boleh dihidupkan semula,” demikian kenyataan pada laman web Cryonics.

Setakat ini, terdapat 40 ruang penyimpanan yang kebanyakannya dibina khas untuk pengasasnya. Cryonics merancang untuk menambah 600 lagi ruang penyimpanan.

Kemudahan berteknologi tinggi itu dibangunkan di sebuah kawasan pedalaman di Holbrook dalam negeri New South Wales.

Individu yang berminat perlu membayar sekitar £84,793 (RM456,327) untuk mendaftar.

Bagaimanapun, tiada jaminan atau bayaran balik bagi sesiapa yang cukup berani untuk mendaftar.

BACA:

Kecoh di mahkamah, jurugambar hentak kamera di kepala peguam Samirah

‘Adibah Noor tiba-tiba mesej nak bantu’, pemuda kenang kisah pemurah arwah

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)