Syarikat Lubnan tuntut barang kemas daripada Rosmah bernilai RM 66 juta

Syarikat Lubnan tuntut barang kemas daripada Rosmah bernilai RM 66 juta. Syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL (Global Royalty) dari Lubnan akan memfailkan semula saman menuntut ganti rugi AS$14.57 juta daripada Datin Seri Rosmah Mansor.

Peguam yang mewakili syarikat terbabit, Datuk David Gurupatham berkata, pemfailan semula itu dibuat, selepas mereka mendapati hanya satu sahaja barangan kemas milik Global Royalty iaitu gelang berlian berharga AS$220,000, yang mana berada dalam simpanan pihak berkuasa selepas dirampas daripada dua unit kondominium mewah Pavilion Residences di Kuala Lumpur.

“Pihak kami telah memeriksa kira-kira 12,000 barangan kemas di bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM) selama seminggu. Hasil pemeriksaan itu, kami dapati hanya seutas gelang berlian milik Global Royalty dijumpai.

Menurut perjanjian konsaimen, Rosmah perlu membayar nilai barangan kemas sekiranya gagal memulangkannya semula kepada Global Royalty,” katanya ketika dihubungi selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Syarikat

Datin Seri Rosmah Mansor.

Terdahulu gelang berlian yang bernilai AS$220,000 itu merupakan antara 44 jenis barang kemas yang dituntut oleh Rosmah yang didakwa dirampas oleh pihak polis dalam skandal penyelewengan dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Gurupatham, Global Royalty pernah memfailkan tuntutan yang sama pada 26 Jun 2018 namun menarik semula saman itu pada Oktober 2019.

Jelasnya, tuntutan tersebut ditarik balik kerana perlu memastikan sama ada 44 barangan kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang setiap satu bernilai antara A$124,000 dan AS$925,000 benar-benar berada dalam simpanan pihak berkuasa.

“Tetapi kita kini telah memastikan hanya satu sahaja ada dengan pihak berkuasa jadi secara tidak langsung ia menunjukkan 43 lagi barangan kemas berada dengan Rosmah. Oleh sebab itu, kami memfailkan semula saman ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin ketika dihubungi memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 hingga 27 Mai 2022 untuk pendengaran tuntutan pihak-pihak terhadap barangan yang dirampas daripada kondominium mewah itu.

Pada Mei 2018, pihak polis telah merampas puluhan beg berisi barangan kemas dan wang tunai pelbagai mata wang dari kondominium mewah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavillion Residence, Kuala Lumpur

BACA: Pemuda Umno bidas sikap angkuh Pemuda Pas

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Syarikat Lubnan tuntut barang kemas daripada Rosmah bernilai RM 66 juta […]