Syamsul berang dengan Finas..

Syamsul berang dengan Finas..

Syamsul berang dengan Finas. Pengarah, Syamsul Yusof, meluahkan rasa kecewa terhadap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang dianggap tidak memperjuangkan masalah cetak rompak dan hak cipta kerana masih terdapat filem ‘bocor’ di media sosial.

Saya kecewa dengan Finas

Menurut Syamsul, isu cetak rompak merupakan isu paling utama membelenggu penerbit dan industri penerbitan filem dan drama tanah air namun Finas dikatakan memandang enteng dalam memperjuangkan masalah yang dihadapi penggiat seni.

Apabila ada filem-filem bocor, apa saya perasan Finas macam diam saja, seolah-olah macam langsung tidak mempedulikan. Apabila ada sesebuah filem dan drama keluar di TikTok, Finas hanya berdiam diri, tak buat apa-apa, hanya membiarkan nasib pembikin filem Melayu. Tidak membela, tidak berjuang dan berusaha bersama-sama menangani isu hak cipta ini.

Tambah Syamsul, pihak kerajaan harus menggubal satu lagi undang-undang baru yang lebih ketat untuk melindungi hak cipta penerbit merangkumi filem dan drama.

Sekarang ini drama TV pun sudah dicuri dan dimuatnaik secara haram di media sosial. Finas nak tunggu apa lagi? Adakah nak terus menunggu dan melihat penerbit di Malaysia ini menanggung kerugian? Sampai bila? Sampai industri perfileman Malaysia mati? Ini kerana undang-undang yang ada sekarang ini tidak ketat dan harus diperhalusi sesuai dengan zaman sekarang.

Syamsul berang dengan Finas..

Mengulas mengenai peratusan caj perkongsian yang dikenakan pihak panggung wayang, Syamsul bersetuju dengan pelakon, Datuk Afdlin Shauki yang menyeru pihak bertanggungjawab untuk melihat semula cukai hiburan dan peratusan caj perkongsian yang dikenakan oleh pihak panggung wayang kepada pembikin filem tempatan.

BACA:

Syamsul Yusof pesan kepada staff tengok keadaan ayahnya

Soalan akhir Pak Nil buat Syamsul cemas, “siapa Ira Kazar tu to you?”

‘Syamsul Yusof cantas Syamsul Yusof’

CATEGORIES