Suspek rembat 378 tablet milik sekolah berjaya dicekup polis

pelakon

‘Misteri’ kehila­ngan 378 tablet di Sekolah Menengah Vokasional Negeri 5, Jember, sejak Mei lalu terjawab.

Detik melaporkan, tablet itu merupakan bantuan untuk pembelajaran daripada Kementerian Pendidikan dan Budaya.

Ketua Unit Jenayah Polis Daerah Sukorambi, Teguh Siswanto berkata, selepas melakukan siasatan lanjut, pihaknya menahan suspek yang merupakan kakitangan pentadbiran di sekolah itu.

Suspek rembat 378 tablet milik sekolah berjaya dicekup polis

POLIS ketika menjalankan siasatan mengenai kehilangan tablet di Jember. – AGENSI

Menurut beliau, suspek yang berusia 34 tahun me­lakukan jenayah itu ekoran kecuaian pegawai pengumpulan data sekolah merekodkan pemilikan tablet itu.

“Sejak awal, kami syak ini mesti kerja orang dalam. Ternyata benar, suspek merupakan staf pentadbiran bahagian surat-menyurat di sekolah,” katanya.

Teguh memberitahu, kes terbongkar selepas polis mendapat maklumat mengenai penjual di Jalan Jawa, Sumbersari menjual tablet serupa dengan tablet yang hilang milik sekolah berkenaan.

“Kami pergi ke penjual itu dan menyoal siasatnya. Dia mengakui telah membelinya daripada suspek,” katanya.

Jelasnya, suspek menjual tablet itu dengan pelbagai harga, bergantung kepada keadaan tablet.

“Suspek menjual tablet berkenaan pada harga antara 200,000 hingga 800,000 rupiah. Namun ketika disoal siasat, suspek mendakwa mencuri kurang daripada 378 tablet yang dilaporkan hilang.

“Suspek mendakwa hanya menjual sekitar 100 tablet yang dicurinya,” tambahnya.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut de­ngan suspek melakukan jenayah tersebut dari Januari hingga Jun lalu.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/10/polis-tangkap-suspek-curi-378-tablet-milik-sekolah/

BACA JUGA : Tular gambar Anwar bertemu 4 Adun Melaka, ini sebenarnya yang belaku

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: Suspek rembat 378 tablet milik sekolah berjaya dicekup polis […]